Mengenai Saya

Foto saya
Akademi Binaan Malaysia (ABM) Akademi Binaan Malaysia (ABM) merupakan pusat penilaian dan latihan kompetensi kemahiran pembinaan yang ditubuh dan ditauliahkan oleh CIDB untuk menilai dan melatih kemahiran pekerja mahir industri pembinaan.

Khamis, 29 November 2018

KELAS ALUMINIUM FRAME WORK








TAPAK BAGI KURSUS JENTERA BERAT





Pemasangan Kerangka Aluminium Tahap 1 (FWA1)


Kelayakan dan Pengiktirafan

Pelatih yang berjaya menamatkan latihan dan lulus penilaian akan dianugerahkan Sijil Kecekapan Kemahiran CIDB yang mengiktiraf mereka sebagai pekerja mahir.

Kandungan Kursus

• Pengenalan kepada amalan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja/bengkel dan asas bantuan kecemasan
• Mengatur, memotong dan membungkus aluminium extrusion
• Melaksanakan aktiviti mengorek, menakuk dan penyediaan pinggir
• Menjalankan pemasangan kelengkapan & aksesori, seperti gasket, engsel dan roller
• Memasang rangka luar & dalam
• Membersih mesin sebelum & selepas digunakan
• Memilih perkakas untuk kerja fabrikasi
• Mentakrif lukisan teknikal asas
• Melaksanakan aktiviti pengendalian bahan
• Melaksanakan aktiviti pengemasan

Syarat Kemasukan

• Sihat tubuh badan
• Boleh membaca, menulis dan mengira
• Minima menduduki peperiksaan SPM atau setaraf dengannya
• Berumur 17–35 tahun bagi Program Belia
• Berumur 18–55 tahun bagi Program Personel Binaan
• Memiliki Kad Pendaftaran Personel Binaan yang masih sah dan 6 bulan pengalaman dalam bidang berkaitan bagi Program Personel Binaan

Tempoh

Program Personel Binaan : 5 hari
Program Belia : 3 bulan

Penyamanan Udara & Pengudaraan Mekanikal Tahap 1 & 2 (ACV2)


Kelayakan dan Pengiktirafan

Pelatih yang berjaya menamatkan latihan dan lulus penilaian akan dianugerahkan Sijil Kecekapan Kemahiran CIDB yang mengiktiraf mereka sebagai pekerja mahir.

Kandungan Kursus

• Pengenalan kepada amalan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja/ bengkel dan asas bantuan kecemasan
• Menyediakan bil dan bahan & perkakas yang digunakan
• Menyediakan aktiviti pra-pemasangan.
• Melaksanakan kerja pemasangan elektrik dan peralatan penyaman udara.
• Melaksanakan kerja pemasangan dawai terkawal
• Melaksanakan kerja paip penyejukbekuan
• Melaksanakan perkhidmatan dan kerja penyenggaraan
• Melaksanakan kerja penyelesaian masalah
• Menjalankan aktiviti pengemasan

Syarat Kemasukan

• Sihat tubuh badan
• Boleh membaca, menulis dan mengira
• Minima menduduki peperiksaan SPM atau setaraf dengannya
• Berumur 17–35 tahun bagi Program Belia
• Berumur 18–55 tahun bagi Program Personel Binaan
• Memiliki Kad Pendaftaran Personel Binaan yang masih sah dan 6 bulan pengalaman dalam bidang berkaitan bagi Program Personel Binaan

Tempoh

Program Personel Binaan : 5 Hari
Program Belia : 4 bulan

Operasi Hydraulic Excavator Tahap 2 (EXH2)


Kelayakan dan Pengiktirafan

Pelatih yang berjaya menamatkan latihan dan lulus penilaian akan dianugerahkan Sijil Kecekapan Kemahiran CIDB yang mengiktiraf mereka sebagai pekerja mahir.

Kandungan Kursus

• Pengenalan kepada amalan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja/bengkel dan asas bantuan kecemasan
• Undang-undang dan peraturan berkaitan operasi excavator
• Keselamatan tapak, diri dan peralatan
• Rekabentuk mesin
• Penilaian tapak kerja
• Pemeriksaan pra operasi ke atas mesin dan kawasan kerja
• Tatacara pengendalian
• Load shifting, trenching, levelling, spreading dan slope cutting dan finishing
• Tatacara shut down
• Penyelenggaraan dan penyenggaraan

Syarat Kemasukan

• Sihat tubuh badan
• Boleh membaca, menulis dan mengira
• Minima menduduki peperiksaan SPM atau setaraf dengannya
• Berumur 21–35 tahun bagi Program Belia
• Berumur 21–55 tahun bagi Program Personel Binaan
• Sekurang-kurangnya memiliki Lesen Memandu Kelas ‘L’ dan keutamaan diberikan kepada pemegang Lesen Kelas ‘D’
• Memiliki Kad Pendaftaran Personel Binaan yang masih sah dan 6 bulan pengalaman dalam bidang berkaitan bagi Program Personel Binaan

Tempoh

Program Personel Binaan : 5 hari
Program Belia : 2 bulan

Operasi Backhoe Loader Tahap 2 (BHL2)

Kelayakan dan Pengiktirafan

Pelatih yang berjaya menamatkan latihan dan lulus penilaian akan dianugerahkan Sijil Kecekapan Kemahiran CIDB yang mengiktiraf mereka sebagai pekerja mahir.

Kandungan Kursus

• Pengenalan kepada amalan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja/bengkel dan asas bantuan kecemasan
• Undang-undang dan peraturan berkaitan operasi backhoe loader
• Penilaian tempat kerja
• Pemeriksaan prestasi teknikal backhoe loader
• Pengenalan peralatan dan sistem kawalan
• Load shifting, trenching, levelling, spreading dan slope cutting & finishing
• Operasi loader dan backhoe
• Tatacara shut down
• Penyelenggaraan dan penyenggaraan

Syarat Kemasukan

• Sihat tubuh badan
• Boleh membaca, menulis dan mengira
• Minima menduduki peperiksaan SPM atau setaraf dengannya
• Berumur 21–35 tahun bagi Program Belia
• Berumur 21–55 tahun bagi Program Personel Binaan
• Sekurang-kurangnya memiliki Lesen Memandu Kelas ‘L’ dan keutamaan diberikan kepada pemegang Lesen Kelas ‘D’
• Memiliki Kad Pendaftaran Personel Binaan yang masih sah dan 6 bulan pengalaman dalam bidang berkaitan bagi Program Personel Binaan

Tempoh

Program Personel Binaan : 5 hari
Program Belia : 2 bulan

Program Penilaian Kompetensi Kemahiran CIDB

Program Penilaian Kompetensi Kemahiran CIDB


CIDB telah menetapkan supaya semua kerja pembinaan yang memerlukan kemahiran perlu dijalankan oleh pekerja binaan mahir. Ianya selaras dengan keperluan Akta 520 iaitu mengikut Seksyen 33A, semua pekerja binaan mahir wajib mendapat akreditasi dan pemerakuan dari CIDB sebelum melakasanakan sesuatu kerja binaan yang memerlukan kemahiran. Dengan yang demikian, CIDB turut menganjurkan program penilaian kemahiran di semua enam buah ABM. Untuk menjalani penilaian kemahiran, pekerja binaan perlu membuat pendaftraan di pejabat-pejabat CIDB atau ABM yang berhampiran. Selepas itu, pekerja binaan perlu mengambil ujian kemahiran di lokasi-lokasi yang ditetapkan.

Latihan Berdasarkan Keperluan Khusus Di ABM

Cabaran utama yang dihadapi oleh industri pembinaan masakini adalah untuk terus meningkatkan tahap kemahiran, pengetahuan dan kecekapan tenaga kerjanya supaya ia mampu meluas serta mempertingkatkan lagi pencapaian modal insan dalam industri ini. ABM mampu membangun dan mengendalikan pelbagai program latihan mengikut keperluan khusus di tempat dan masa yang sesuai bagi memastikan peningkatan kemahiran secara berterusan seperti yang diperlukan oleh industri pembinaan.

Kursus Program Belia


Kursus Program Personal Binaan


Maklumat Program Personal Binaan & Program Belia

Latihan Kompetensi Kemahiran Di ABM Program Latihan Kompetensi Kemahiran Pekerja Binaan (Program Personel Binaan)


Dibangunkan untuk memastikan supaya kerja pembinaan yang dihasilkan adalah berkualiti, dijalankan secara produktif dan cekap. CIDB menggalakkan semua pekerja binaan yang berkemahiran dan belum diiktiraf supaya mendapatkan pentauliahan dari CIDB selaras dengan Akta 520 CIDB. Latihan kemahiran yang disediakan menggunakan modul latihan yang menepati Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) yang setaraf dengan standard kemahiran antarabangsa.  Pekerja yang berjaya menamatkan latihan dan lulus penilaian akan dianugerahkan Sijil Kecekapan Kemahiran CIDB (SKK) yang mengiktiraf kemahiran mereka.

Program Latihan Kompetensi Kemahiran Belia (Program Belia)


Terbuka kepada golongan belia berusia antara 17 hingga 35 tahun, Program Latihan Kompetensi Kemahiran Belia bertujuan untuk melengkapkan golongan belia tempatan dengan kemahiran dalam berbagai bidang pembinaan. Mereka diberikan latihan yang dibiayai sepenuhnya oleh CIDB melalui enam Akademi Binaan Malaysia (ABM) yang terletak di seluruh Malaysia. Latihan kemahiran yang disediakan akan membolehkan mereka mendapat dan meningkatkan kemahiran untuk memulakan kerjaya dalam industri pembinaan. Pelatih yang berjaya menamatkan latihan dan lulus penilaian akan dianugerahkan Sijil Kecekapan Kemahiran CIDB (SKK) yang mengiktiraf mereka sebagai pekerja mahir. Program ini bermatlamat untuk menggalakkan penyertaan tenaga kerja tempatan baharu yang kompeten dan terlatih ke dalam industri pembinaan bagi meningkatkan jumlah tenaga kerja
tempatan dalam industri pembinaan negara.


Kumpulan Sasaran & Matlamat

Kumpulan Sasaran

Program Personel Binaan

Terbuka kepada semua pekerja binaan tempatan dan asing yang sedang bekerja atau berpengalaman dan berumur di antara 18 hingga 55 tahun. Latihan untuk pekerja tempatan dibiayai sepenuhnya oleh CIDB, manakala pekerja asing pula dikenakan yuran untuk mengikuti latihan kemahiran yang disediakan.

Program Belia

Terbuka kepada golongan belia warganegara Malaysia berusia antara 17 hingga 35 tahun. Latihan untuk belia ini dibiayai sepenuhnya oleh CIDB.

Matlamat ABM

• Melahirkan lebih ramai pekerja binaan tempatan yang mahir;
• Menyediakan kursus-kursus kemahiran binaan yang lebih tersusun dan diiktiraf; dijalankan oleh tenaga pengajar profesional yang berpengalaman luas dan terlatih;
• Melahirkan tenaga kerja binaan yang produktif, mempunyai kesedaran terhadap keselamatan, berorientasikan kualiti dan cekap bagi memenuhi keperluan industri pembinaan yang semakin pesat berubah;
• Menyediakan peluang kepada pekerja binaan untuk mempertingkatkan tahap kemahiran mereka dari semasa ke semasa;
• Menyokong industri pembinaan mencapai daya saing dengan menyediakan tenaga kerja binaan yang mempunyai tahap kemahiran sewajarnya bagi mengendalikan teknologi pembinaan yang semakin canggih;
• Membangun dan merintis laluan mengeksport tenaga kerja pakar yang terlatih untuk menjalankan kerja pembinaan di luar negara; dan
• Menjalankan program penilaian kompetensi kemahiran.

MAKLUMAT TENTANG ABM

Pendahuluan

Selaras dengan peruntukan dalam Akta penubuhannya iaitu Akta 520, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) turut memberi keutamaan terhadap usaha pembangunan modal insan dalam industri pembinaan bagi memastikan kompetensi kemahiran tenaga kerja industri ini dapat dipertingkatkan. Melalui program latihan kompetensi kemahiran yang ditawarkan, tenaga kerja yang terlatih dan kompeten untuk industri ini akan dapat dilahirkan. Tenaga kerja kompeten yang dihasilkan akan berupaya menyumbang ke arah peningkatan produktiviti dan dayasaing industri ini pada masa depan. Usaha ini juga adalah selaras dengan Teras Strategi P1: Produktiviti seperti yang digariskan di dalam Construction Industry Transformation Programme (CITP) 2016-2020.

Industri pembinaan negara menawarkan peluang yang luas untuk tenaga kerja tempatan menerokai dan mengembangkan kerjaya mereka. Masih banyak bidang pekerjaan yang kekurangan bekalan tenaga kerja yang kompeten dan memerlukan usaha yang berterusan untuk menyediakan satu landasan bagi melibatkan lebih ramai tenaga mahir tempatan bagi mengisi keperluan tersebut.

Strategi Latihan Kemahiran CIDB

Untuk memastikan seluruh lapisan tenaga kerja dalam industri pembinaan, daripada pekerja binaan am, pekerja binaan mahir, penyelia tapak dan pekerja lain yang berkaitan supaya mencapai tahap kemahiran yang diperlukan oleh industri, mereka perlu diberikan latihan dalam bidang-bidang berkaitan yang diperlukan.

Melalui ilmu dan kemahiran yang ditimba, ia boleh membantu mereka menghasilkan prestasi kerja yang berkualiti, produktif dan cekap. CIDB mengenalpasti bidang latihan yang paling diperlukan oleh sumber manusia industri pembinaan negara adalah latihan pembangunan kemahiran bagi mempersiapkan diri mereka menjadi pekerja binaan yang kompeten.

Keberkesanan program latihan yang disediakan oleh CIDB adalah disebabkan faktor-faktor berikut :-


Perlaksanaan Latihan Oleh Akademi Binaan Malaysia (ABM)

ABM adalah platform CIDB untuk menyediakan latihan kemahiran binaan untuk tenaga kerja pembinaan di bawah enam ABM di seluruh negara untuk memenuhi keperluan latihan sumber manusia. ABM terletak di lokasi strategik di mana banyak tumpuan/berhampiran aktiviti pembinaan.


Kemudahan Latihan Yang Lengkap Dan Terbaik

ABM menyediakan kemudahan lengkap, terutamanya untuk pelatih yang menjalani kursus kemahiran. Antaranya, bengkel dan bilik kuliah yang dilengkapi peralatan secukupnya, kemudahan tempat tinggal, kemudahan makan dan minum serta kemudahan riadah dan surau.


Tenaga Pengajar Terlatih

Tenaga pengajar ABM telah mengikuti kursus (Train the Trainer) untuk memastikan mereka mampu menyampaikan kemahiran dan pengetahuan dengan cekap dan berkesan. Sebahagian besar daripada tenaga pengajar yang berkemahiran ini mempunyai pengalaman bekerja dalam industri, pernah dihantar menjalani latihan kemahiran di luar negara dan mereka semua terdiri dari individu yang berdedikasi.

KURSUS 2020