Latihan Kompetensi Kemahiran Di ABM Program Latihan Kompetensi Kemahiran Pekerja Binaan (Program Personel Binaan)
Dibangunkan untuk memastikan supaya kerja pembinaan yang dihasilkan adalah berkualiti, dijalankan secara produktif dan cekap. CIDB menggalakkan semua pekerja binaan yang berkemahiran dan belum diiktiraf supaya mendapatkan pentauliahan dari CIDB selaras dengan Akta 520 CIDB. Latihan kemahiran yang disediakan menggunakan modul latihan yang menepati Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) yang setaraf dengan standard kemahiran antarabangsa. Pekerja yang berjaya menamatkan latihan dan lulus penilaian akan dianugerahkan Sijil Kecekapan Kemahiran CIDB (SKK) yang mengiktiraf kemahiran mereka.
Program Latihan Kompetensi Kemahiran Belia (Program Belia)
Terbuka kepada golongan belia berusia antara 17 hingga 35 tahun, Program Latihan Kompetensi Kemahiran Belia bertujuan untuk melengkapkan golongan belia tempatan dengan kemahiran dalam berbagai bidang pembinaan. Mereka diberikan latihan yang dibiayai sepenuhnya oleh CIDB melalui enam Akademi Binaan Malaysia (ABM) yang terletak di seluruh Malaysia. Latihan kemahiran yang disediakan akan membolehkan mereka mendapat dan meningkatkan kemahiran untuk memulakan kerjaya dalam industri pembinaan. Pelatih yang berjaya menamatkan latihan dan lulus penilaian akan dianugerahkan Sijil Kecekapan Kemahiran CIDB (SKK) yang mengiktiraf mereka sebagai pekerja mahir. Program ini bermatlamat untuk menggalakkan penyertaan tenaga kerja tempatan baharu yang kompeten dan terlatih ke dalam industri pembinaan bagi meningkatkan jumlah tenaga kerja
tempatan dalam industri pembinaan negara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan