Mengenai Saya

Foto saya
Akademi Binaan Malaysia (ABM) Akademi Binaan Malaysia (ABM) merupakan pusat penilaian dan latihan kompetensi kemahiran pembinaan yang ditubuh dan ditauliahkan oleh CIDB untuk menilai dan melatih kemahiran pekerja mahir industri pembinaan.

Khamis, 29 November 2018

MAKLUMAT TENTANG ABM

Pendahuluan

Selaras dengan peruntukan dalam Akta penubuhannya iaitu Akta 520, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) turut memberi keutamaan terhadap usaha pembangunan modal insan dalam industri pembinaan bagi memastikan kompetensi kemahiran tenaga kerja industri ini dapat dipertingkatkan. Melalui program latihan kompetensi kemahiran yang ditawarkan, tenaga kerja yang terlatih dan kompeten untuk industri ini akan dapat dilahirkan. Tenaga kerja kompeten yang dihasilkan akan berupaya menyumbang ke arah peningkatan produktiviti dan dayasaing industri ini pada masa depan. Usaha ini juga adalah selaras dengan Teras Strategi P1: Produktiviti seperti yang digariskan di dalam Construction Industry Transformation Programme (CITP) 2016-2020.

Industri pembinaan negara menawarkan peluang yang luas untuk tenaga kerja tempatan menerokai dan mengembangkan kerjaya mereka. Masih banyak bidang pekerjaan yang kekurangan bekalan tenaga kerja yang kompeten dan memerlukan usaha yang berterusan untuk menyediakan satu landasan bagi melibatkan lebih ramai tenaga mahir tempatan bagi mengisi keperluan tersebut.

Strategi Latihan Kemahiran CIDB

Untuk memastikan seluruh lapisan tenaga kerja dalam industri pembinaan, daripada pekerja binaan am, pekerja binaan mahir, penyelia tapak dan pekerja lain yang berkaitan supaya mencapai tahap kemahiran yang diperlukan oleh industri, mereka perlu diberikan latihan dalam bidang-bidang berkaitan yang diperlukan.

Melalui ilmu dan kemahiran yang ditimba, ia boleh membantu mereka menghasilkan prestasi kerja yang berkualiti, produktif dan cekap. CIDB mengenalpasti bidang latihan yang paling diperlukan oleh sumber manusia industri pembinaan negara adalah latihan pembangunan kemahiran bagi mempersiapkan diri mereka menjadi pekerja binaan yang kompeten.

Keberkesanan program latihan yang disediakan oleh CIDB adalah disebabkan faktor-faktor berikut :-


Perlaksanaan Latihan Oleh Akademi Binaan Malaysia (ABM)

ABM adalah platform CIDB untuk menyediakan latihan kemahiran binaan untuk tenaga kerja pembinaan di bawah enam ABM di seluruh negara untuk memenuhi keperluan latihan sumber manusia. ABM terletak di lokasi strategik di mana banyak tumpuan/berhampiran aktiviti pembinaan.


Kemudahan Latihan Yang Lengkap Dan Terbaik

ABM menyediakan kemudahan lengkap, terutamanya untuk pelatih yang menjalani kursus kemahiran. Antaranya, bengkel dan bilik kuliah yang dilengkapi peralatan secukupnya, kemudahan tempat tinggal, kemudahan makan dan minum serta kemudahan riadah dan surau.


Tenaga Pengajar Terlatih

Tenaga pengajar ABM telah mengikuti kursus (Train the Trainer) untuk memastikan mereka mampu menyampaikan kemahiran dan pengetahuan dengan cekap dan berkesan. Sebahagian besar daripada tenaga pengajar yang berkemahiran ini mempunyai pengalaman bekerja dalam industri, pernah dihantar menjalani latihan kemahiran di luar negara dan mereka semua terdiri dari individu yang berdedikasi.

Tiada ulasan:

KURSUS 2020